Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya
![]()
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada pembaca pembaca ,
seperti yang anda sedia maklum, menurut tajuk besar saya pada kali ini iaitu Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya
untuk pengetahuan anda ...
Undang-undang
jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan
jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh
meningkatkan keselamatan pengguna semasa dijalan raya.
Tahukah anda
bahawa terdapat beberapa kepentingan mematuhi undang undang jalan raya?
ü
Mengelakkan
kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
ü
Bertimbang
rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
ü
Membolehkan
semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
ü
Urusan
pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar
Sikap dan tabiat sebilangan pengguna-pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi peraturan jalan raya boleh sahaja membahayakan orang lain dan diri mereka sendiri. Selain daripada itu, ada juga sebilangan pemandu yang memandu dengan laju tanpa mengikut had laju yang telah ditetapkan, tidak mahu berhenti ketika lampu merah, mengekori kenderaan lain terlalu dekat, memotong dalam keadaan yang tidak selamat dan terdapat juga mereka yang memotong atau memasuki persimpangan jalan tanpa menggunakan isyarat dan berbagai-bagai lagi kesalahan lalu lintas yang lain.
Wahai rakyat Malaysia, sedarkah anda bahawa setiap apa yang terjadi atas jalan raya seperti kemalangan itu disebabkan oleh sikap pengguna sendiri yang tidak mahu mematuhi papan tanda jalan raya.
![]() ![]()
Sebenarnya, jika kita mematuhi papan tanda jalan raya, secara tidak langsung kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat. Ini dapat saya buktikan jika situasi ini berlaku....
contohnya " jika anda berhenti semasa lampu isyarat merah, sepastinya perkara ini biasa bukan ? Tetapi, apa pula tanggapan orang kepada anda jika anda tidak berhenti, pasti mereka akan pandang serong kepada anda seperti menuduh anda ialah pengguna yang tiada adab sopan, tidak menghormati pengguna lain dan bermacam-macam lagi tanggapan negatif yang mungkin dilemparkan kepada anda. Tetapi pada pemikiran saya pula, saya akan berasa hormat pada mereka yang mematuhi papan tanda jalan raya kerana mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengguna "
Sekian.
0 comment[s] | back to top |